Jumaat, 28 November 2014

Hikayat Abdullah




Contoh muka depan Hikayat Abdullah

Hikayat Abdullah merupakan satu karya agung yang memperihalkan pengalaman dan kisah hidup sebenar Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sejak dilahirkan sehingga meninggal dunia. Hikayat ini ditulis oleh Abdullah Munsyi. Catatan mengenai peristiwa yang berlaku dalam hidup Abdullah Munsyi juga diabadikan di atas naskah cap batu dan tulisan Jawi di Singapura pada Mac 1949. Abdullah seringkali mencatatkan semua peristiwa yang berlaku di tempat kelahirannya iaitu Kota Melaka.

Selain itu, beliau juga mencatatkan tentang pelayarannya ke Singapura dalam hikayat ini dan mengkritik suasana sosial yang bersifat negatif pada ketika itu. Kritikan yang disampaikan oleh Abdullah turut menjurus kepada sikap pemerintah yang mementingkan diri dan mudah termakan dengan pujuk rayu penjajah serta sikap orang Melayu itu sendiri yang tidak mahu mengubah kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik. Kritikan tersebut telah menyebabkan Abdullah digelar sebagai “Abdullah Paderi” oleh orang Melayu. Gelaran tersebut timbul juga disebabkan oleh kerana Abdullah sering membantu orang putih. Sebagai contoh ialah beliau ditugaskan untuk menyalin dan membaikpulih terjemahan Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. 

Beliau turut mengkritik golongan penjajah iaitu dengan menyatakan bahawa golongan penjajah hanya tahu mengambil kesempatan atas kelemahan orang Melayu. Hikayat Abdullah yang diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani mempunyai 23 bab. Setiap bab mempunyai cerita dan kisah-kisah yang tersendiri.

Rujukan

http://kumpulan5kac.blogspot.com/2013_05_01_archive.html

1 ulasan: