Khamis, 16 Oktober 2014

Maksud Estetik


Estetik

Menurut Kamus Dewan (2007), estetik bermaksud bukan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan (terutamanya dalam bidang seni), manakala estetika pula bermaksud cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa dan lain-lain. Estetik menurut Agus Sachari (2002: 2), adalah suatu ilmu filsafat yang telah menempatkannya pada suatu titik antara realiti dan abstrak, serta antara keindahan dan makna. Perkataan estetik dalam bahasa Yunani ialah ‘aisthesi’ yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah ‘kepekaan’. Estetik juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception). Ahli Filsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang telah memperkenalkan perkataan ‘aisthetika’. Namun demikian, Cottfried Leibniz (1646-1716) telah meneruskan pendapatnya mengenai estetik dan memberikan penekanan kepada pengalaman seni sebagai suatu bentuk ilmu. Agus Sachari (2002: 3) menyatakan bahawa terdapat beberapa pengertian estetik yang lain, iaitu:

  1. Estetik adalah segala sesuatu dan kajian terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan seni (Kattsoff, Element of Philosophy, 1953).
  2. Estetik merupakan suatu telaah yang berkaitan dengan penciptaan, apresiasi dan kritik terhadap karya seni dalam konteks keberkaitan seni dengan kegiatan manusia dan peranan seni dalam perubahan dunia (Van Mater Ames,Colliers Encyclopedia, vol.1).
  3. Estetik merupakan kajian filsafat keindahan dan juga keburukan (Jerome Djelantik, Estetika Suatu Pengantar, 1999).
  4. Estetik adalah segala hal yang berhubungan dengan sifat dasar nilai-nilai non-moral suatu karya seni (William Haverson, dalam Estetika Terapan, 1989).
  5. Estetik merupakan cabang filsafat yang berkaitan dengan proses penciptaan karya (John Hosper, dalam Estetika Terapan, 1989).
  6. Estetik adalah filsafat yang membahas esensi dari segala kehidupan estetik dan artistik yang sejalan dengan zaman (Agus Sachari, Estetika Terapan, 1989).
  7. Estetik mempersoalkan hakikat keindahan alam dalam karya seni, sedangkan filsafat seni mempersoalkan hanya karya seni atau benda seni atau artifak yang disebut seni (Jakob,Filsafat Seni, 2000).

Pandangan-pandangan mengenai estetik di atas, setiap waktu mengalami pergeseran, sejalan dengan pergeseran konsep estetik setiap zaman. Pandangan bahawa estetik hanya mengkaji segala sesuatu yang indah (cantik dan gaya seni), telah lama berubah kerana terdapatnya kecenderungan karya-karya seni moden yang tidak lagi menawarkan kecantikan seperti zaman Klasik, tetapi lebih kepada makna dan aksi mental.

3 ulasan:

  1. Salam semua pelajar UPSI. Saya agak keliru dengan maksud estetik dan estetika? adakah terdapat perbezaan? mohon pencerahan, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalan Hanisah. Kebetulan saya membuat tugasan ini dan saya sudah rujuk kepada pensyarah. Estetik dan estetika sememangnya berbeza. Estetik lebih merujuk kepada unsur luaran karya, contohnya gaya bahasa, ayat, dan sebagainya. Estetika pula lebih kepada falsafah yang ada dalam karya tersebut. Estetika lebih bersifat dalaman dan hanya akan diketahui dengan bacaan yang teliti. Harap jawapan saya dapat membantu.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam