Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah Munsyi merupakan
suatu penceritaan yang menggambarkan kehidupan penduduk negeri Melaka. Keadaan
ini berlaku dalam tahun 1800 hingga tahun 1840-an. Peristiwa yang berlaku
dialami, dilihat dan didengar sendiri oleh Abdullah Munsyi (Abdullah Bin
Abdul Kadir Munsyi).Hikayat
Abdullah bukan
berupa penulisan sejarah atau politik yang tulin. Buku tersebut tidak
membentangkan suatu analisis sejarah yang mengesahkan pergolakan politik dan
pemerintahan. Tiada sebarang tarikh yang spesifik atau releven dimuatkan dalam
kisah-kisah yang dihuraikan oleh beliau.
Hikayat Abdullah mengandungi
riwayat hidup Abdullah, keturunan, perihal zaman kanak-kanak, zaman
persekolahan, serta minat dan latar belakang keluarga beliau. Namun semua itu
hanya terkandung pada permulaan hikayat ini sahaja iaitu sebagian kecil sahaja
daripada penceritaan Hikayat
Abdullah. Bagaimanapun, sesetengah tokoh sastera atau sejarah
berpendapat bahawa Hikayat
Abdullah boleh diklasifikasikan sebagai sebuah penulisan
autobiografi.Sebahagian besar yang dikisahkan di dalam Hikayat Abdullah adalah
berkaitan peristiwa harian terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan
pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai
Inggeris yang bekerja di dalam kerajaan atau di luar kerajaan, selain itu,
penceritaan ini juga berhubungan tentang penduduk tempatan dengan pemerintah.
Oleh sebab itu, terdapat tokoh sastera yang berpendapat kurang tepat jika
menyifatkan buku tersebut sebagai autobiografi.
Dalam Hikayat Abdullah ini juga,
Abdullah sering menurunkan pemikiran dan falsafah beliau terhadap beberapa isi.
Misalnya berkenaan dengan bahasa Melayu, berkenaan sikap orang Melayu,
kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan berkenaan sistem
pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan
bersistem serta teratur. Hikayat
ini juga cuba memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa
beliau tinggal di Melaka.
Pendekatan sejarah sosial ini cuba melihat sejarah bukan dari sudut pergolakan politik, tetapi lebih menumpukan sudut perhubungan dalam masyarakat. Antara aspek yang menjadi fokus ialah corak pergaulan dan adat resam, budaya serta perhubungan antara masyarakat, sistem ekonomi, pendidikan, sebutan dalam bahasa, corak pemikiran serta keupayaan masyarakat dan sebagainya. Rangkuman sosial ini juga meliputi perhubungan para penduduk dengan pihak pemerintah dalam sesuatu zaman. Oleh yang demikian, sudut sejarah sosial lebih bersifat neutral, tidak berat sebelah dan tidak prejudis. Sejarah sosial tidak dipengaruhi unsur ‘siapa yang benar, siapa yang salah’ kerana segala peristiwa yang telah berlaku itu, memang benar-benar berlaku, berpadanan dengan suasana persekitaran dan corak pemerintahan serta politik sezaman. Semua ini menjadi sebagian daripada apa yang dikatakan dan diakui sebagai fakta-fakta sejarah.Segala peristiwa yang dilihat, didengar dan dialami oleh beliau, iaitu kisah-kisah harian yang berlaku di Bandar Melaka sepanjang tempoh kira-kira dari tahun 1800 sehingga 1840, cuba dipaparkan di dalam hikayat ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan