Ulasan
Hikayat Merong Mahawangsa
Hikayat Merong
Mahawangsa Hikayat Merong Mahawangsa merupakan salah satu karya agung yang
meninggalkan kesan yang mendalam sehingga ke hari ini. Hikayat ini banyak
menceritakan tentang sejarah perkaitan negeri Kedah dengan Siam. Pemerintahan
oleh negeri Kedah kepada Siam apabila Raja Seri Mahawangsa (Raja Kedah yang
ketiga) mendapat berita kekanda sulungnya Raja Siam mendapat putera. Terus raja
Kedah memerintahkan supaya tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hingga
ke akhir zaman setiap kali mendapat putera.
Sebelum kedatangan
Islam, agama Hindu atau Buddha telah lama bertapak di dalam kehidupan
masyarakat di Kepulauan Melayu.Kedatangan Islam dikatakan telah memantapkan
keseluruhan pandangan Semesta Melayu. Kedatangan Islam telah memberi impak yang
besar dalam kehidupan masyarakat Melayu termasuklah dari segi budaya, amalan
dan kepercayaan.
Nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada
nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep
iman yang terdapat dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam
ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa, perumpamaan dan pepatah-pepatih.
1.
Kepercayaan kepada Allah S.W.T
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai
segala-gala raja-raja…dalam empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali
ditentukan, jikalau tiada dengan dengan janji daripada Tuhan alam. Pertama
rezeki, …keempat, perkara perceraian yang sudah sampai waktu, saat harinya,
tiada akan dapat hendak menantikan esok harinya, tiadalah boleh, melainkan
dengan sekaliannya itu pun dengan janji-Nya jua.”
(Hikayat Merong
Mahawangsa, hlm 23)
Pada mulanya burung geroda ingin menghalang
rombongan untuk menyatukan puteri raja Benua China dengan anak raja Rom. Burung
geroda menyerang bahtera yang membawa anak raja Rom sehingga hancur. Walaupun
berbagai dugaan yang menimpa anak raja Rom namun akhirnya mereka dapat
disatukan jua. Nabi Allah Sulaiman menasihati para pengikutnya berkenaan empat
perkara dalam Islam yang tidak dapat diubah kerana telah ditentukan oleh Allah
S.W.T. iaitu rezeki, perkara yang memutuskan rezeki, jodoh dan pertemuan dan
perceraian yakni kematian.
2.Ketaatan kepada raja dan pemimpin.
Menghormati raja
dan pemimpin merupakan perilaku atau perkara yang sudah diamalkan sejak dahulu
lagi sehinggalah sekarang. Sehinggakan, sesiapa yang ingkar akan perintah raja
akan dikenakan tulah iaitu kehidupan mereka akan sengsara atau mendapat nasib
yang buruk.
Maka sembah Raja Merong Mahawangsa, “ Baiklah,
tuanku, barang yang dititahkan itu patik kerjakan, tuanku.”
(Hikayat Merong
Mahawangsa, hlm 7)
Raja Merong Mahawangsa telah
menerima tugas yang diberikan oleh raja Rom dengan senang hati. Arahan yang
diberikan oleh raja Rom agar Raja Merong Mahawangsa pergi ke Benua China untuk
menggantikannya dan menyampaikan hasratnya untuk mengahwinankan anakandanya
dengan puteri raja Benua China. Hal ini menunjukkan bahawa, sikap Raja Merong
Mahawangsa yang menerima tugas yang diberikan membuktikan bahawa beliau
merupakan seorang yang taat kepada raja dan pemimpin.
Menghormati
ibu bapa dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa
sangat istimewa serta tinggi sekali sehinggakan ibu bapa adalah yang kedua
perlu dihormati selepas yang Maha Pencipta. Raja Merong Mahapudisat digambarkan
sebagai seorang yang taat kepada perintah ayahnya, Raja Merong Mahawangsa untuk
menempatkan anak-anaknya di beberapa buah tempat supaya dapat mendirikan
kerajaan baru. Perkara ini dapat dilihat pada halaman 37.
Setelah didengar oleh Raja
Merong Mahapudisatn sembah menteri itu, lalu ia bertitah kepada menterinya,
“Jikalau demikian hendaklah saudara kerahkan segala kaum gergasi himpun
sekaliannya dan panggil … , kita beri ia pergi bersama-sama anak kita…
(Hikayat Merong Mahawangsa, hlm
37)
Raja Merong
Mahapudisat segera menitahkan pembesarnya untuk menyediakan keperluan serta
askar pengiring untuk anakandanya berhijrah ke tempat lain bagi membuka
penempatan baru. Raja Merong Mahapudisat dilihat sebagai seorang yang sangat
taat kepada perintah ayahandanya. Beliau segera melakukan suruhan ayahandanya
setelah diingatkan oleh pembesarnya.
3. Berpegang teguh kepada adat resam
Masyarakat Melayu berpegang
teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan hidup seharian. Orang
Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang-larang dan adat istiadat
yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun.
“...setelah sudah dibaca surat itu lalu sama
duduk sekaliannya itu berjabat tangan. Maka raja China pun menyorong puannya
sirih persantapan pada Raja Jin Harman Syah, katanya, “Makanlah sirih hai
saudaraku Raja Harman Syah,”serta menyuruh keluar ia itu.”
(Hikayat Merong
Mahawangsa, hlm 26)
Sirih dan pinang berperanan
penting dalam upacara, adat resam dan budaya semasa, masyarakat
Melayu etika itu. Dalam petikan di atas adat makan sirih digunakan ketika
menyambut tetamu.
4. Memuliakan yang tua
Maka sahut anak raja Rom itu dengan perlahan-lahan,
“ Hai ibuku, bahawa dengan sesungguhnya beta ini manusia juga. Betalah anak
raja Rom, hendak pergi kahwin dengan puteri anak raja Benua China dengan
beberapa buah bahtera…
(Hikayat Merong
Mahawangsa, hlm 16)
Walaupun anak raja Rom dalam keadaan
sakit setelah bahteranya di musnahkan oleh burung geroda, beliau masih lagi
mampu mengucapkan kata-kata yang bersopan kepada Mak Inang. Malahan beliau
membahasakan ibu kepada Mak Inang.
5. Bertimbang rasa
Orang Melayu sentiasa
mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan.
Maka mak inang tuan puteri itu pun terlalulah belas
kasihan hatinya mendengarkan hal anak raja Rom itu lalu ia pun kembali pada
tuan puteri persembahkan hal itu sekalianya dengan suka tertawanya.
(Hikayat Merong Mahawangsa, hlm 17)
Kesimpulannya, dalam Hikayat
Merong Mahawangsa yang telah dikaji dan diperkenalkan oleh Siti Hawa Haji
Salleh ini banyak mempunyai nilai melayu yang tersembunyi. Malahan, setiap
penulisan sejarah tradisional Melayu, mereka kebanyakkannya hendak menggambarkan
cara hidup dan pemikiran masyarakat yang melahirkannya dengan jelas. Dalam
Hikayat Merong Mahawangsa ini, banyak memperkatakan tentang nilai melayu yang
tinggi yang ingin disampaikan kepada pembaca agar pembaca dapat mencontohi
nilai tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan