Rabu, 15 Oktober 2014

Definisi Melayu dari Segi Etimologi


Etimologi bermaksud kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.

  1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan “hima alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya” bermaksud “tempat bersalji”.
  2. Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
  3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”.
  4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
  5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan