Rabu, 15 Oktober 2014

Konsep Retorik Bahasa Melayu Klasik

Konsep Retorik Bahasa Melayu Klasik

Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai.
Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:
1. Penguasaan tatabahasa
2. Penggunaan pelbagai ragam bahasa
3. Penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik
4. Penguasaan corak dan bentuk penulisan.

Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi ynag dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Disamping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan dengan empat cara,iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan),atau penghujahan.Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.

Induktif
Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.
Deduktif
Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus.
Analogi
Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan anttara dua perkara atau senario.

Gaya Bahasa Klasik

Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.


Rujukan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan