Analisis Karya Agung Hikayat Abdullah
- Konsep penulisan
Di dalam Hikayat Abdullah, penulisnya tidak menyatakan sumber bagi sesuatu peristiwa atau tokoh yang dicatatkan kerana pengalamannya sendiri merupakan sumber yang terpenting. Beliau sering memulakan ayat dengan beberapa ungkapan terutama apabila ingin memulakan sesuatu ayat 'kata yang empunya cerita' dan 'bermula apa yang kudengar'. Beliau turut menggunakan perkataan 'konon' bagi menunjukkan rasa tidak pasti atau rasa sangsi terhadap terhadap sesuatu peristiwa yang dicatatkan. Dalam mencatatkan peristiwa mahupun perkara yang berkaitan dengan tokoh, Abdullah turut menyatakan sekali dengan tarikh yang berkaitan. Hikayat Abdullah masih menggunakan unsur-unsur kesusasteraan seperti dialog, syair dan pantun tetapi hikayat ini tidak mengandungi unsur luar biasa dan khayalan seperti mitos dan lagenda. Unsur kesusasteraan yang digunakan mampu memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai sesuatu peristiwa serta lebih menyakinkan pembaca.
- Kekuatan pengarang
Hikayat Abdullah memang mempunyai beberapa ciri persejarahan moden terutama jika ditinjau dari segi isi kandungan, sikap yang agak kritis dan kesedaran dalam penggunaan tarikh yang konsisten. Hikayat Abdullah ini boleh dikatakan sebagai suatu bentuk persejarahan yang kritis, terutama terhadap catatan peristiwa. Suatu unsur penting yang terdapat dalam Hikayat Abdullah adalah nasihat yang dikemukakan terutama pada akhir setiap bab. Kadang kala unsur nasihat dimuatkan selepas penerangan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Melalui bahagian nasihat ini, Abdullah seolah-olah ingin menyedarkan pembaca tentang kesilapan dan kekeliruan mereka selama ini. Hikayat ini juga masih lagi sebahagian daripada tradisi persejarahan Melayu-Islam. Abdullah sering menyelitkan sebutan tentang Allah dan Rasul-Nya dalam penceritaan beliau. Oleh itu, Hikayat Abdullah dapat digolongkan dalam kategori persejarahan tradisi Melayu-Islam yang memuatkan beberapa unsur persejarahan moden.
- Motif pengarang
Tujuan tersurat yang utama mengapa beliau menulis karya ini adalah untuk memenuhi permintaan 'seorang sahabatku, iaitu orang putih yang kukasihi akan dia, maka ialah meminta sangat-sangat padaku iaitu kehendak mengetahui asal-usulku, dan peri hikayat kehidupan diriku'. Maka ia meminta karangankan suatu kitab dalam bahasa Melayu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan