Buku ini mempunyai 15 bab. Dalam bab permulaan iaitu Bab 1 dan 2, ianya mengenai sejarah asal-usul raja-raja Melayu yang dikatakan berasal daripada Iskandar Zulkarnain. Bercampur dengan Puteri Syahrul Bariyah dari Benua Hindi dan Puteri Mahtabul Bahri yang berasal dari negeri Dika, sebuah negeri di dalam laut.
Nila Utama atau Seri Teri Buana telah kahwin dengan Raden Ratna Cendera Puri dari keturunan Raja Palembang telah mengasaskan kerajaan Singapura. Sejarah Singapura di zaman Seri Teri Buana, Paduka Seri Pikrama Wira, Seri Rakna Wikrama, Paduka Seri Maharaja dan berakhir di zaman Raja Iskandar Syah dibincangkan dalam 3 dan 4.,
Sejarah kerajaan Melaka dibincangkan secara panjang lebar mulai bab ke 4 hinggalah bab ke 14. Ianya bermula di zaman Raja Iskandar Syah hinggalah ke zaman Sultan Mahmud, raja Melaka yang terakhir. Raja-raja Melaka termasuklah Raja Tengah dan Raja Kecil Besar yang telah memeluk Islam dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Syah. Sultan yang berikutnya ialah Sultan Abu Syahid, Muzaffar Syah, Mansur Syah, Alauddin Riayat Syah dan yang terakhir Sultan Mahmud Syah.
Sultan Mahmud pernah melantik Sultan Ahmad sebagai penggantinya tetapi ianya disuruh bunuh kerana sikap Sultan Ahmad yang tidak menghormati pembesar-pembesar tua. Sultan Mahmud bercadang untuk melantik Raja Muzaffar sebagai Sultan tetapi digantikan oleh Raja Ali anak Tun fatimah. Raja Ali bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Sultan Mahmud mangkat di Kampar.
Dalam bab 15 , Sejarah Melayu membincangkan tentang kerajaan Melayu di Johor terutama di zaman Sultan Alauddin, Sultan Muzaffar, Sultan Abdul Jalil, Sultan Jalla Abdul Jalil hinggalah ke zaman Sultan Alauddin Riayat Syah. Terutamanya tentang usaha mereka menguasai semula Melaka. Pada zaman Sultan Aladdin inilah Tun Seri Lanang dilantik menjadi Bendahara dan dititahkan menyusun buku Sulalatus Salatin ini.
http://gcsasterastpm.blogspot.com/2013/01/kandungan-ringkas-sulalatus-salatin.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan